Kerana Ini Hijrah
Kerana ini bulan hijrah, kita perlu berubah.
Kita yang lama perlu ditinggalkan, kita yang baru perlu dibentukkan.
Biar hijrah lahir dari hati, muncul untuk kecemerlangan diri kita sendiri bukan kerana paksaan atau desakan dari sesiapa.
Hijrah yang sebenar-benar hijrah dalam diri adalah perubahan pemikiran, tindakan, perkataan, fikiran.
Bagaimana nak menghijrahkan diri?
Segalanya mesti bermula di minda. Minda kita membentuk siapa kita, siapa saya dan siapa Anda.
Ubah apa yang ada di fikiran terlebih dahulu. Fikir yang baik-baik setiap kali Anda melihat orang lain, menginterpretasi keadaan, situasi dan benda.
Latih fikiran untuk melihat dan menafsir yang baik-baik agar perbuatan dan tindakan Anda terdorong menjadi yang baik-baik juga.
Lama-kelamaan Anda akan dapat merubah sikap lama kepada sikap baru yang lebih baik, lebih positif, lebih disenangi orang-orang disekeliling Anda di rumah atau di tempat kerja.
Sudah tentu mudah untuk Anda mencapai kemajuan dalam apa jua yang Anda usahakan.
Tahu tak, orang yang fikirannya positif lebih cepat maju daripada orang yang fikirannya negatif?
Kesilapan ramai orang adalah memenuhkan fikiran dengan hal-hal buruk berkaitan orang lain. Apa yang orang lain buat, orang lain cakap, orang lain usahakan dan orang lain punya pendapat, dia ulas, dia komen, dia komplen.
Pendek kata, dia suka bercakap keburukan orang lain, lebih dari memuhasabah keburukan dirinya sendiri.
Jika Anda ada sikap sebegitu, ubah segera kerana ia akan menarik kesusahan datang pada Anda.
Ubah sebelum parah!
Baca Buku Kuasa Hijrah
Jika Anda masih kurang faham apa yang saya maksudkan dengan buku kuasa hijrah, ia adalah buku motivasi bertajuk “Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah”.
Jika ada yang tanya berapa kali dah saya habis baca buku ni, saya akan jawap, “tiga kali”.
Kat dalam buku tu ada banyak kata-kata semangat dari tokoh-tokoh berjaya, antaranya Dr Rusly Abdullah, Dr Irfan Khairi, Hafiz Hashim, dan Azizi Ali.
Mengapa saya baca tiga kali dan apa yang mendorong saya habis baca tak cukup walaupun sekali?
Sebab, saya jadi bersemangat setiap kali baca 2 atau 3 helaian dari buku itu. baca habis pertama kali, saya cukup terbakar membaca kata-kata semangat yang ditulis di situ.
Saya mahu contohi tokoh-tokoh berjaya yang nama mereka ada di dalam buku itu supaya saya juga boleh jadi orang berjaya seperti mereka!.
Sebab itulah saya baca buku “Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah” sebanyak 3 kali.
Fantasi Jadi Realiti Di 2008 - Siri 3
Dalam artikel siri kedua yang lalu, saya ada berkata tentang sesuatu yang saya amat sesalkan.
Penyesalan yang saya benar-benar sesalkan adalah sikap saya bertangguh membeli nama domain untuk blog motivasi baru nanti.
Dalam fikiran saya berkira-kira nak mengambil nama “eMotivasi” sebagai nama blog motivasi saya.
Lepas buat beberapa kajian di Internet, lum ada lagi orang ambik nama domain tu.
Jadi, saya konpiden nama tu akan masih ada. Tanpa saya sedari, saya bertangguh nak membelinya.
Dek kerana kesibukan kerja dan diserang tugas-tugas di siber kafe, saya terlupa pasal nama domain tu. Bila kerja-kerja di siber kafe dah selesai, saya check balik nama domain “www.eMotivasi.com” jika ia masih belum dibeli.
Rupa-rupanya saya terlambat. Nama itu baru saja dibeli dua hari lalu, ketika saya masih dalam kesibukan kerja!
Nyesal sungguh saya. Saya menghina-hina diri sendiri, mencela-cela kesilapankerana lambat bertindak.
Namun, cepat-cepat saya kawal rasa marah tu sebab ia adalah emosi negatif, tak baik untuk minda saya.
Sebab apa saya terlambat? Sebab saya bertangguh.
Anda, jangan ulangi kesilapan saya. Elakkan BERTANGGUH!!!
Kesilapan besar saya ini satu pengajaran yang tak dapat saya lupakan.
Lalu saya bertanya pada diri sendiri, apa cara saya nak ubah situasi ni…nama web domain “www.eMotivasi.com” dah diambil orang. Huhu.. hancur luluh hati saya.
Apa nak buat lepas ni? Tindakan apa yang saya boleh lakukan untuk mengubahnya?
Soalan-soalan itu terus menerus bermain di kepala saya.
Akhirnya idea muncul.
Bergegas saya check kat Internet. Tetiba pulak saya terfikir nama baru iaitu “www.iMotivasi.com”
Selepas saya check, nama domain tu masih lum ada orang ambik.
Hihi..apa lagi, saya terus beli skali ngan pelan hostingnya untuk membuka blog baru saya.
Tekad saya kali ni, saya tak nak lagi bertangguh. Cukuplah penyesalan yang dulu tu.
Nama domain “www.iMotivasi.com” kekal sehingga ke hari ini.
Syukur alhamdulillah, saya ditemukan dengan tuah yang benar-benar membawa tuah hanya dari kesilapan saya bertangguh.
Mungkin, nama doman “www.eMotivasi.com” bukan untuk diri saya.
Mungkin sebab itu mengapa saya lupa!
Saya bersyukur sebab dengan nama “iMotivasi” membuat saya semakin di kenali, lebih-lebih lagi kerana blog iMotivasi dikendalikan oleh budak Sabah.
Dari statistik, tak ada Sabahan blogger nulis blog motivasi. Kebanyakan mereka menulis blog berkenaan teknologi, kekeluargaan, personal blog, hiburan dan sukan.
Bila menghadiri Sabahan Bloggers Gathering, saya dapat tahu hanya saya seorang menulis blog motivasi dalam bahasa Melayu.
Nampaknya kelainan dan keunikan yang saya nak tonjolkan dalam dunia blogging di Sabah semakin lama semakin muncul.
Kawan-kawan di Kota Kinabalu tak tahu langsung siapa “ShueQry” sebab mereka masih tak tahu itu adalah “webname” saya di Internet.
Mungkin, satu hari nanti mereka akan tahu juga.
Itulah kesemua siri ulasan saya untuk tahun 2008. Sikit saja. Sebab apa ya? Kerana…
Saya hanya akan mengingat situasi-situasi yang membuat saya gembira, kerana setiap kali mengingat hal-hal gembira, saya jadi bersemangat dibuatnya!
Fantasi Jadi Realiti Di 2008 - Siri 2
Januari 2008, saya masih menulis artikel-artikel motivasi di atas tapak blogspot.
Ketika itu, nama saya kurang dipandang hanya kerana blog motivasi kendalian saya masih berfungsi di atas tapak percuma pemberian Google.
Namun, dari blog itulah saya selalu beremail dengan beberapa staff Google di Blogger.com. Saya lebih suka diam-diam..
Dari blog itu juga, nama saya mula dikenali.
Beberapa wartawan, editor majalah, penulis buku, aktivis, penceramah, trainer, guru sekolah, pegawai tinggi dan orang-orang kanan menteri menghantar sms ke handphone saya.
Ucapan tahniah dan kata-kata semangat dari mereka membuat saya sungguh gembira!
Jalan kini semakin nampak. Impian nak menjadi blogger professional semakin nyata.
Tentang kerja, saya dah mula bertugas di siber kafe. Ownernya saya kenali sebagai kawan sahaja tetapi kebetulan dia juga memerlukan staff untuk handle bahagian teknikal.
Walaupun pada mulanya saya tak berapa tahu teknikal komputer, tetapi saya beranikan diri apply dengan niat nak explore lebih banyak perkara berkaitan teknikal komputer. Akhirnya saya dapat juga.
Rupa-rupanya cuma saya seorang staff lelaki kat situ. Then, minat pada virus dan perisian anti virus bercambah sebab saya kerap berjumpa virus komputer setiap hari.
Komputer lama saya terpaksa saya jual untuk menampung kos perpindahan dari rumah lama ke rumah baru.
Line telefon, line streamyx dan gambar-gambar idola saya di dinding terpaksa dibiarkan di rumah lama. Rumah baru kami di tingkat lima.
Naik tangga ke rumah sewa macam naik Gunung Kinabalu! Fuhh..kapus-kapus nafas dibuatnya.
Di bahagian ketiga nanti, saya bercerita mengenai kesilapan saya. Saya silap besar kerana saya menangguhkan sesuatu.
Kerana sikap itu, saya terlepas peluang besar yang membuat saya benar-benar menyesal habis!
Tapi, di sebalik penyesalan itu, Allah swt tunjukkan saya hikmahnya yang tersendiri.
Fantasi Jadi Realiti Di 2008
Salam pembaca iMotivasi.
Selamat Tahun Baru 2009!. Moga tahun ini membawa semakin banyak keceriaan pada Anda.
Biasanya saya tak suka pandang belakang atau bercakap pasal hal-hal lepas. Bagi saya, yang dah berlalu, biarkan berlalu sebab kita dah tak leh buat apa-apa nak mengubahnya. Ia dah terjadi.
Tapi, kali ni saya akan cakap sedikit realiti hidup saya sepanjang 2008, terutama bagaimana fantasi boleh jadi realiti. Ingat tak? realiti adalah produk keluaran minda kita sendiri.
Menjelang 29 Mac 2009 nanti, cukup dua tahun saya bergelar penulis blog. Sungguh banyak perkara yang saya dah pelajari.
Hanya dari sebuah blog, saya dapat berkawan dengan ribuan orang, paling ramai perempuan. Siapa mereka?
Mereka adalah gadis, wanita, suri rumah dan ibu tunggal berhati cekal. Ia sesuatu yang tak mungkin dapat saya capai di dalam dunia sebenar sebab saya lelaki pemalu! hehe..
Kali ni saya mengulas tahun 2008 dan ceritakan pada Anda segala apa yang saya tempuhi dalam kerjaya, blogging, keluarga dan kewangan. Tetapi, saya tak akan menceritakannya pada Anda sekaligus dalam 1 artikel, tapi saya akan cerita dalam artikel bersiri yang akan saya keluarkan satu persatu.
Saya ceritakan pada Anda kisah saya dan Law Of Attraction, bagaimana saya secara tak sengaja menarik masalah dan bagaimana saya juga secara tak sengaja berjaya menarik si gadis idaman, duit dan kebahagiaan (walaupun saya masih bujang!).
Jika Anda minat membaca Law Of Attraction dan The Secret, Anda patut baca kisah benar saya.
Jumpa di bahagian kedua!
Hardware Minda
Jika Anda perhatikan sebuah desktop pc ataupun laptop, sama saja jenis hardware di dalamnya.
Mesti ada motherboard, plug keyboard, cooling fan, usb hub, plug ke speaker dan plug untuk monitor. Kesemua desktop pc mempunyai pemasangan hardware dan cable wiring yang sama.
Apa yang membezakan satu desktop pc dengan desktop pc lain adalah dari jenis processor dan software yang digunakan. Lebih canggih jenis processor dipasang, maka lebih power, lebih laju komputer tersebut.
Begitu juga minda Anda. Sejak Anda lahir, jumlah neouron dan lokasi neouron sama saja dengan neuron yang ada di dalam minda orang lain.
Apa yang membezakan adalah bagaimana Anda berfikir, idea-idea yang Anda keluarkan dan kekuatan tenaga mental Anda.
Cara kita berfikir boleh diumpamakan sebagai software (perisian). Kekuatan mental lebih kurang sama dengan kapasiti sebuah prosessor contohnya Intel Pentium, Dual Core ataupun AMD Athlon.
Untuk menjadikan sebuah desktop pc lebih power, Anda kena masukkan software canggih disokong oleh pemasangan hardware berkapasiti tinggi seperti dinyatakan di atas. Untuk membentuk minda jadi power, Anda kena masukkan fikiran-fikiran positif disertakan dengan ilmu-ilmu positif, yang baik-baik.
Jika Anda masukkan fikiran-fikiran negatif disertakan dengan ilmu-ilmu negatif, yang buruk, ia ibarat virus yang akan merosakkan, menjemkan komputer Anda. Sudah tentu Anda tak nak ini berlaku.
Anda boleh membina kekuatan mental dengan membanyakkan aktiviti berkaitan minda seperti membaca, menganalisa dan mengkaji. Nak jadi lebih power lagi, gabungkan dengan emosi yang sentiasa berada dalam tahap gembira.
Barulah minda tak berserabut dengan stress atau tekanan. Jika ada stress, ia seperti habuk yang menyerabuti cpu komputer desktop Anda. Kesannya, komputer Anda jadi slow dan sangkut-sangkut, kekadang tak leh on sebab RAM diselaputi habuk tebal.
Mulai sekarang, bina kekuatan mental supaya minda Anda menjadi lebih cemerlang. Kesannya Anda boleh mencapai apa saja kejayaan dalam apa jua yang Anda lakukan.
Ambil Masa
Perubahan biasanya mengambil masa. Walaupun Anda nak melihat kesan perubahan dengan cepat, namun kesannya juga tak kekal, cepat hilang. Benda yang dibuat secara kelam kabut biasanya kurang kualiti dan tak tahan lama.
Begitu juga dengan sikap kita. Nak ubah sikap dari selalu berfikiran negatif kepada fikiran positif ambil masa. Ada orang ambil masa 6 bulan nak berubah dari sikap lama kepada sikap baru.
Ada orang ambil masa 3 bulan nak berubah. Ada orang amik masa setahun.
Nak berubah, biar dibuat langkah demi langkah, macam kita bergerak naik tangga. Biar perubahan yang Anda mahukan dibuat secara bertahap, agar lebih mudah diserap dan lebih kejap melekat lalu menjadi tabiat. Jangan tamak sangat nakkan kesan dengan cepat sebab kualitinya akan jadi kurang baik.
Selain ambil masa, perubahan minda dari minda negatif kepada minda positif perlukan Anda memiliki kemahuan kuat, sekuat Anda mahukan udara tatkala sedang lemas di dalam air. Selepas itu, diikuti dengan komitmen dan istiqamah, iaitu berfikiran positif secara berterusan sepanjang masa, tahan mendepani fikiran-fikiran negatif di sekeliling.
Mengapa mesti lakukan secara berterusan?
Macam stamina pemain bola sepak. Dia kena jaga stamina tu, jika tidak, dia akan cepat penat, kemudian sudah tentu dia dan pasukannya kalah teruk hanya kerana stamina lemah.
Anda kena jaga fikiran positif Anda. Jika tidak, Anda akan cepat dipengaruhi fikiran-fikiran negatif lalu Anda jadi kurang bersemangat dalam apa jua yang Anda lakukan. Anda tak akan ada kekuatan mengharungi segala masalah dan apa saja dugaan hidup.
Walaupun merubah diri ke arah pemikiran positif, tindakan positif ambil masa, namun membuat Anda kuat mendepani apa saja cabaran yang muncul dalam hidup Anda.
1001 Gaya
Ketika saya, adik beradik dan keluarga mandi laut di Tampi-tampi, Semporna, saya sempat melihat 1001 gaya terjun pengunjung yang datang. Ya Allah, nak sakit jantung saya tengok gaya diorang terjun.
Sungguh membahayakan nyawa. Nasib baik tempat terjun 3 tingkat tu di laut dalam.
Tapi seronok juga tengok sebab melucukan. Macam-macam gaya ada, dari gaya Superman sampai ke gaya Spiderman, terjun gaya Wonder Woman pun ada.
Begitu juga dengan usaha dalam memburu kejayaan. Usaha menuju kejayaan dalam hidup ada 1001 cara, terpulang pada Anda nak gunakan mana satu cara yang benar-benar mendatangkan hasil.
Untuk mencari cara, teknik yang benar-benar berhasil, memerlukan usaha berterusan. Dalam berusaha itu, sering muncul kegagalan.
Namun, di sebalik kegagalan ada keseronokan. Ada thrill tersendiri.
Ia mencabar Anda supaya berusaha lagi. Macam terjun juga. Bila stepnya dah salah pastu terjun bunyi bdeburrr macam nangka jatuh dalam perigi, mesti nak try lagi supaya gayanya cantik. Pasti Anda mendapat pujian lepas tu.
Anda perlu ubah diri menjadi orang yang sukakan cabaran kerana orang-orang berjaya juga sikap diorang gitu,sukakan cabaran. Sebab diorang tahu, setelah menempuh kegagalan diorang akan belajar sesuatu yang kawan-kawan diorang tak tahu.
Itu boleh menjadikan mereka maju, advance sedikit dari yang sebelumnya juga lebih advance dari pesaing-pesaing diorang teruatama dalam bidang kompetitif seperti sukan, pembelajaran, direct sales dan perniagaan.
Usah sakit hati bila usaha Anda masih kurang berhasil. Lupakan cara lama, cuba try cara baru pula.
Gembira Dari Dalam
Masalah sesetengah orang adalah, sukar untuk mencari kegembiraan. Bingung apa nak buat untuk jadi gembira.
Untuk gembira segembira yang mungkin mereka mencari sumber-sumber dari luar diri misalnya dengan mendengar lagu, pergi ke tempat-tempat hiburan, berjalan-jalan, tengok cerita lawak, menonton wayang atau berkaraoke bersama kengkawan.
Sumber-sumber kegembiraan dari luar diri biasanya sekejap. Kesannya pendek.
Tapi, sumber kegembiraan dari dalam diri kesannya lama. Kegembiraan dalam diri datang 100% dari hati.
Kegembiraan dari dalam diri akan muncul bila Anda menolong orang lain. Pendek kata, bila Anda seorang yang helpful, anda akan menemui kegembiraan.
Tolong menggembirakan orang lain, Anda sebenarnya menolong menggembirakan diri Anda sendiri tanpa Anda sedari.
Dalam proses menolong orang, Anda akan menemui makna hidup Anda dan untuk apa Anda dilahirkan. Fikiran Anda akan bebas dari memikir hal-hal negatif termasuk masalah Anda. Kesannya, membentuk diri Anda ke arah berfikiran positif langkah demi langkah.
Setelah menolong orang, Anda akan rasa bahagia. Tiba-tiba muncul ketenteraman di dalam jiwa.
Kemudian, tatkala pertolongan Anda memberi kesan, Anda akan jadi gembira, cukup gembira sehingga Anda tersenyum ketika tidur.
Inilah yang dimaksudkan dengan kegembiraan dari dalam diri. Walaupun Anda boleh memprolehi kegembiraan dengan mendengar lagu, berbual-bual, jenjalan, membeli-belah, memancing atau bersukan, tiada lain yang boleh mengalahkan kegembiraan tiap kali Anda menolong orang, apatah lagi orang yang Anda tolong mengucap terima kasih berulang-ulang kali hingga Anda rasa benar-benar terharu.
Ada berbagai cara untuk jadi gembira. Saya dah cuba melalui kedua-dua cara. Saya cari apa makna kegembiraan dari luar diri dan kegembiraan dari dalam diri. Kali ni saya memberitahu apa yang membuat saya benar-benar gembira walaupun berbasikal dan berenang juga membuat saya gembira.
Paling gembira adalah ketika saya berjaya membantu Anda juga pembaca-pembaca blog iMotivasi merubah diri dari yang negatif menjadi positif, dari yang baik menjadi semakin baik.
Saya tak pernah jumpa, kenal atau berbual dengan Anda juga pembaca-pembaca lain, namun ucapan terima kasih cukup membuat saya gembira. Terus tiba-tiba rasa bersemangat pula jadinya.
Apabila orang mengucapkan terima kasih pada Anda, sudah tentu Anda juga makin bersemangat untuk memberi lebih banyak pertolongan di lain ketika, di lain masa.
Jika Anda sedang di landa masalah, sedang dilanda kemurungan atau sedang mencari-cari cara bagaimana untuk menjadi gembira atau ceria, cari sesiapa untuk boleh Anda bantu bermula dengan sekecil-kecil pekerjaan.
Bantulah dengan niat untuk mencari kegembiraan di dalam diri. Saya percaya apa yang Anda cari, sudah tentu Anda akan jumpa.
Ia akan sedikit ‘kabur’ pada permulaan. Anda akan rasa sedikit kekok.
Bila dah selalu menolong dengan niat untuk mencari kegembiraan, Anda akan mulai rasa kesannya. Lakukan dengan penuh keikhlasan, buat saja tanpa memikir akan mendapat balasan.
Trust me. I’ve been there! Pengalaman mengajar saya cara mencari kegembiraan dan bagaimana untuk mengekalkannya.
Saya dah lalui, saya dah rasa. Sekarang giliran Anda pula. Jika saya boleh, bermakna Anda, pembaca-pembaca blgo iMotivasi dan sesiapa jua di luar sana pun boleh buat.
Untuk gembirakan diri sendiri, gembirakan orang lain dulu segembira yang mungkin, seboleh yang mungkin terutama jika mereka di landa kesusahan emosi. Apa kesannya?
Anda akan jadi bersemangat mengharungi dugaan hidup. Semangat yang orang cari-cari ketika berhadapan dengan dugaan.
Bercakap pasal dugaan, saya banyak mengharugi pelbagai jenis dugaan di dalam kerjaya, sukan dan kewangan. Membantu orang lain membuat saya makin bersemangat, jika tidak sudah tentu saya ambil jalan mudah - berhenti dari terus berusaha.
Jasmani Rohani
Mula dari pagi, Anda dah makan dan minum. Bermakna, jasmani Anda mendapat tenaga untuk berupaya mengharungi cabaran hidup pada hari ini.
Dalam sehari, Anda makan paling kurang 3 kali,termasuk minum petang dan makanan ringan yang Anda suapkan ke mulut.
Tapi, bagaimana dengan rohani Anda?
Anda asyik berikan jasmani Anda makanan untuk sentiasa bertenaga, sentiasa ada power. Jika rohani tidak diberikan tenaga, maka akan kurang power, bahkan semakin tak ada power.
Makanan rohani adalah kegembiraan yang lahir dari dalam hati. Untuk lebih jelas, makanan yang paling lazat baginya adalah zikir, doa, rasa kesyukuran dan taubat.
Anda, jika sedang sibuk berusaha membentuk diri menjadi insan cemerlang, perlu ingat untuk memberi makanan pada rohani Anda. Bila rohani sentiasa bertenaga, sentiasa ada power, Anda akan terasa kesannya.
Kegembiraan terpancar di wajah Anda. Anda akan rasa bahagia menjalani hidup sehari-hari di mana rasa cinta mengelilingi Anda dari pagi hari ini hingga ke petang esoknya. Tak akan ada tekanan, permasalahan, pertelingkahan.
Selain itu, Anda sentiasa bersemangat dalam apa jua yang Anda lakukan. Tak kira apa yang Anda buat, misalnya baca buku, menaip, memasak, menjaga anak Anda atau menguruskan perniagaan, Anda melakukannya dengan penuh semangat, penuh iltizam.
Anda rasa ada keseronokan time buat semua tu. Rasa hepi saja. Itulah kesan jika rohani Anda cukup makanannya.
Tetapi, Anda akan kurang bersemangat bila Anda kurang memberi perhatian pada aspek rohani atau menganggap amalan berdoa, bersyukur dan meminta ampun pada Tuhan tu sesuatu yang remeh.
Kesan yang lebih ketara, Anda senang dihinggapi stress.
Apa yang Anda usahakan akan selalu kurang berhasil walau sekuat manapun, serajin manapun Anda berusaha (kerana Anda tidak gembira!). Kemudian, masalah muncul satu persatu dalam hidup Anda. Contoh?
Anda akan mengalami masalah perhubungan, masalah rumah tangga, masalah di tempat kerja, masalah dengan kawan-kawan atau masalah kewangan yang sangat teruk, bagaikan sumber rezeki Anda tiba-tiba jadi sangat sempit.
Tukar Emosi
Menukar emosi negatif kepada emosi positif adalah satu kemahiran. Setiap kemahiran boleh dipelajari oleh sesiapa saja termasuk Anda dan saya.
Menukar emosi negatif kepada yang positif sekelip mata adalah sama seperti kemahiran memandu, berenang, menaip dan memasak. Ada orang melakukannya dengan cukup baik sekali, lancar saja.
Ada orang buat tak berapa baik, sedikit lambat dan merangkak-rangkak. Pendek kata, tahap penguasaan berbeza. Ada yang OK, ada yang biasa-biasa saja.
Oleh kerana berbeza, Anda boleh jadikan kemahiran menukar emosi semakin cekap dari tahap penguasaan emosi Anda sekarang ini. Bagaimana caranya?
Berlatih, berlatih, berlatih. Berlatih menukar emosi negatif kepada yang positif tiap kali Anda sedar yang Anda sedang berada dalam emosi negatif.
Kenal pasti emosi-emosi negatif tatkala Anda di dalam satu-satu situasi, di mana-mana jua, bila-bila masa.
Bila dah kenal pasti emosi-emosi negatif ni, cepat-cepat tukar kepada emosi positif. Lepas tu kekalkan emosi positif tadi selama mungkin seboleh yang mungkin sepanjang hari. Bila dah kekal dalam emosi positif, barulah ada kegembiraan dalam diri Anda.
Anda perlu mengawal semua yang bermain di kepala Anda supaya sentiasa bersemangat dalam apa jua yang Anda lakukan. Anda juga kena tahu membezakan mana satu fikiran yang baik (fikiran positif) dan mana satu fikiran buruk (fikiran negatif).
Kawal hidup Anda dengan selalu mengawal apa yang bermain di fikiran. Ia adalah tanggapan Anda tentang sesuatu benda, seseorang, sesuatu perkara atau sesuatu keadaan.
Dalam fikiran itu, Anda biasanya memasukkan emosi baik atau buruk, bergantung pada persepsi Anda apabila melihat sesuatu situasi.
Sebab mengapa orang-orang berjaya jarang tengok berita adalah kerana berita-berita buruk seperti gempa bumi, jenayah, rogol, kes bunuh atau percanggahan politik akan membangkitkan emosi-emosi negatif serta merta.
Emosi negatif seperti Kesal, kecewa, marah, dendam, sakit hati timbul secara automatik tiap kali mereka melihat, membaca atau mendengar berita sebegitu walaupun sedikit.
Mereka tak nak emosi positif yang nak dikekalkan sepanjang masa diganggu oleh emosi-emosi negatif. Bila terasa fikiran mereka mula dimasuki emosi negatif, mereka akan tukar cepat-cepat kepada emosi positif dalam masa satu saat. Beginilah cara orang-orang berjaya membina kemahiran tukar emosi.
Anda boleh lakukan perkara yang sama. Disiplinkan diri, cuba kawal emosi yang bermain di kepala Anda.
Tukar emosi negatif kepada yang positif. Berlatih, berlatih dan terus berlatih! Kuatkan semangat.
2009
Selamat menyambut tahun 2009 buat Anda. Apa azam tahun 2009 nanti?
Bagaimana dengan azam 2008, sudah berjaya dicapai atau ditunda ke tahun 2009? Walau apapun azam Anda, sama-samalah kita berusaha serajin mungkin merealisasikan aam tersebut. Sama-sama bekerja, sama-sama menyuntik semangat dan sinar inspirasi antara satu sama lain.
Doa saya untuk Anda, moga matlamat, azam dan cita-cita Anda berjaya direalisasikan satu hari nanti.
LiveStrong!
Kawal Takut
Bagaimana untuk mengawal rasa takut?
Anda boleh mendepani rasa takut bila Anda faham sumber ketakutan itu.
Sebagai contoh, jika Anda takut berdepan kegagalan mendapat kerja tetap, hadapi ia dengan berani berusaha mencari kerja tetap walau payah cemanapun usaha mencari kerja tu.
Jika Anda takut gagal dalam peperiksaan, beranikan diri dengan belajar sungguh-sungguh kemudian menghadiri peperiksaan dengan penuh keberanian, seolah-seolah apa jua yang terjadi, Anda berani menghadapi.
Dalam kehidupan sebenar, takut muncul dalam pelbagai bentuk. Misalnya, takut dikritik, takut buat silap, takut dikomen, takut kehilangan kekasih, takut pasangan Anda curang dan bermacam lagi rupa takut.
Setiap kali Anda dikuasai takut, sedari hakikat bahawa Anda akan hilang kawalan diri Anda, emosi Anda dan tindakan Anda. Kesannya, Anda dikelilingi fikiran-fikiran buruk, yang bukan-bukan tentang masa depan Anda dan tentang apa jua yang mungkin terjadi (biasanya yang buruk-buruk juga).
Semua ini menjadikan Anda kurang cemerlang. Akibatnya, Anda sendiri yang menjadi penyebab mengapa Anda susah nak berubah, terutama bila Anda berniat nak mengubah sikap atau nak membuang perangai tertentu.
Jika Anda melihat orang yang suka berfikir bukan-bukan atau takut yang bukan-bukan, biasanya dia kurang cemerlang dalam kerjaya dan kehidupannya. Takut benda yang tak jadi, sebenarnya boleh dikawal kerana apa yang ditakutkan itu tak semestinya terjadi. Ia hanya wujud di fikiran.
Hasil Atau Proses
Matlamat, seperti yang Anda tahu, ada matlamat jangka panjang dan matlamat jangka pendek. Itu jika Anda membezakan matlamat dari segi ukuran masa.
Ada lagi cara lain untuk membezakan matlamat, iaitu dari segi hasil. Ia juga dipanggil ‘end result’. Anthony Robbins adalah satu-satunya pakar motivasi di dunia yang banyak menekankan tentang ‘end result’ ini.
Matlamat boleh dikategorikan sebagai matlamat untuk mencapai hasil atau matlamat untuk menumpu pada proses. Matlamat untuk mencapai hasil adalah matlamat yang biasa dilakukan oleh Anda dan ramai orang.
Misalnya, memasang matlamat nak ada kereta baru, rumah besar, gaji besar, baju baru, isteri baru (ops!) ataupun kerja baru.
Matlamat untuk mencapai hasil lebih banyak memfokus pada benda, situasi atau orang perseorangan. Namun, kurang memfokus pada cara bagaimana hasil-hasil di atas boleh diperolehi dan cara ia dimaterialisasikan.
Matlamat untuk menumpu pada proses lebih banyak memfokus pada usaha, kerajinan dan cara bekerja. Contohnya, jika matlamat Anda nak memiliki kereta baru, Anda akan berfikir cara apa yang boleh Anda gunakan untuk mencapai matlamat itu.
Anda tahu, jika memfokus pada proses Anda akan dapat kereta baru tu juga. Janji, fokus pada proses dulu, usaha serajin mungkin. Kereta tu sedia menanti untuk Anda beli di sana, cuma memerlukan Anda berusaha kumpul duit supaya Anda boleh membelinya.
Lalu, Anda memikirkan langkah-langkah yang Anda fikirkan boleh Anda guna untuk mengumpul duit bagi memenuhi hajat anda membeli kereta baru. Sebagai contoh. Anda mungkin sanggup mengambil overtime setiap hari, sanggup turun bekerja pada hari Sabtu dan Ahad, membuka bisnes kecil-kecilan di pasar malam, buat kerja part time atau mengambil upah menaip kertas assignment budak-budak kolej.
Anda menumpu perhatian pada usaha-usaha ini. Duit yang Anda dapat, disimpan dengan penuh cermat, tak dikacau-kacau bahkan makin Anda tambah sehingga sampai masanya untuk anda menggunakan duit tersebut bagi membayar wang pendahuluan (deposit) kereta baru Anda.
Itulah yang saya maksudkan dengan matlamat untuk menumpu pada proses.
Anda jadikan langkah-langkah di atas sebagai matlamat Anda. Anda set setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan hingga duit Anda benar-benar cukup untuk mengeluarkan kereta baru.
Akhir Garisan 2008
Dah nak sampai Anda dan saya ke akhir garisan 2008. Pastikan Anda tahu apa yang Anda nak capai dalam setiap bulan sepanjang tahun 2009 nanti.
Tapi tak bermakna kita harus melupakan matlamat 2008 yang masih belum tercapai. Anda harus terima ia sebagai misi belum terlaksana namun masih menunggu peluang untuk disempurnakan. Kini peluang itu datang, bermula pada 1 Januari 2009.
Akhir garisan merupakan pemula pada awal bahagian selepas garisan tersebut. Macam trek lumba lari.
Lepas garisan penamat, pelumba dah tak ambik kisah perkara-perkara selepas dia melepasi akhir garisan. Yang dia tahu, nak lepaskan penat berlari. Nafasnya tercungap-cungap.
Tapi, selepas melepasi garisan penamat, ada lagi acara lain menunggu. Mungkin, ada lagi pertandingan lumba lari di tempat lain untuk dirinya.
Mungkin, pertanding itu berlangsung dua hari akan datang, dua minggu akan datang atau dua bulan akan datang. Dia perlu bersedia, perlu sentiasa cergas. Seperti pelumba itu, Anda juga perlu bersedia dan sentiasa cergas supaya Anda sentiasa bersemangat dalam apa jua yang Anda lakukan.
Walaupun kini akhir garisan tahun 2008 semakin hampir, namun berbagai cabaran menanti bila tiba bahagian pemula tahun 2009. Pastikan Anda tahu apa matlamat Anda untuk tahun 2009.
Kecil Hati
Adakah Anda seorang yang sangat sensitif, cepat terasa, cepat marah-marah, cepat merajuk?
Itu tandanya Anda seorang yang berkecil hati, seprang yang perasa. Sesiapa jua ada sikap ni, namun cara mengawalnya berlainan bagi setiap orang.
Ada yang tahan, ada yang tak tahan. cabarannya adalah, bagaimana nak membuat orang yang tak tahan ni supaya tahan.
Biasanya, rasa kecil hati timbul bila Anda disindir, dimaki, dimarah, disergah atau ditegur dengan suara tinggi. Bagaimana cara mengatasi sikap suka berkecil hati?
Ingatkan diri.
Perlu beritahu diri Anda sendiri supaya berfikir positif selalu. Bila Anda layan rasa kecil hati lama-lama di fikiran, itu maknanya Anda dah dirasuk emosi-emosi negatif. Ketika itu berbagai emosi negatif timbul. Paling senang, marah. Kesan? Bergaduh.
Serap teguran.
Jika Anda ditegur, dimarah atau disindir, itu maknanya ada sikap atau perbuatan Anda tak disukai walaupun Anda rasa selesa dengan sikap sekarang ini. Kena kaji suasana, kena ubah ikut kesesuaian di mana Anda berada. Tandanya, akhlak masih ada yang belum OK.
Niat.
Ketika Anda ada bersama orang lain yang tak pernah Anda jumpa atau yang Anda tak berapa senang, letak niat di hati Anda mahu berbaik dengan orang tu.
Sebab, apa yang ada di hati, akan segera ditangkap oleh minda. Lalu, minda menerbitkan gelombang tenaga yang akan bergetar lalu meresap masuk ke minda orang lain di sekeliling Anda. Proses ini berlaku sekelip mata, bahkan sepanjang masa, selagi Anda masih bernafas.
Bila dah masuk, serta merta ia akan ditafsir lalu turun ke hati mereka pula. Hati mempengaruhi sikap. Sikap melambangkan hati. Inilah penerangan tentang kuasa niat dan bagaimana ia berfungsi.
Bila niat baik, maka baiklah kita dengan orang tu. Mudah dia senang dengan kita, jadi kurang dia nak menyindir, marah-marah atau yang menyebabkan kita kecil hati. Mencegah lebih baik dari mengubat.
Maafkan, lupakan, teruskan.
Jika Anda rasa kecil hati, marah atau geram, usah di simpan lama-lama.
Maafkan saja. Lepas tu, lupakan. Kemudian, terus memajukan diri dalam pelajaran, kerjaya, keluarga, perniagaan. Sebab, suka layan rasa kecil hati hanya perbuatan membuang masa.
Bakat
Anda, jika pandai bermain games, jangan pandang rendah pada orang tak taw cemana nak main games, sebab bakat dirinya bukan cenderung pada bermain games, tapi mungkin pada perkara lain.
Jika Anda pandai berniaga, jangan pandang rendah pada orang kerja makan gaji. Walaupun Anda untung banyak berkali-kali, namun jangan pandang rendah pada orang untungnya datang sekali tiap ujung bulan saja. Mungkin bakat dirinya bukan sebagai seorang peniaga.
Sebagai pelajar, jika Anda cemerlang dalam subjek tertentu, jangan pandang rendah pada kawan yang terkapai-kapai, struggle nak belajar supaya cemerlang seperti Anda.
Mungkin bakatnya bukan pada subjek itu. Dari memandang rendah, lebih baik Anda membantu.
Sikap orang kita, terutama bumiputera Islam adalah suka memandang rendah bakat orang. Kita lebih sikit, pandai sikit, kaya sikit, dah mula hilang hormat pada orang lain di sekeliling kita. Sebab? Kita tamak.
Bila-bila masa saja bakat kepandaian kita boleh hilang. Seperti mati, bila-bila masa saja kita boleh mati.
Sekali kita tak hormat pada orang, sepuluh kali orang takkan hormat kita. Ini fakta kehidupan hasil dari kajin sebenar yang saya lakukan. Walaupun nama kita sebagai orang Islam, namun sikap dan perilaku jauh dari nilai-nilai etika Islam.
Pendek kata, walau apa jua kepandaian Anda, jauhkan sikap menunjuk dan sikap memandang rendah. Anda memandang rendah, maknanya Anda membuka kelemahan diri sebesar-besar lemah pada orang lain di sekeliling Anda.
Anda dah naik temberang, risikonya boleh membuat orang di sekeliling naik berang dengan sikap Anda, sebagai tanda supaya Anda tak dihormati lagi. Paling pasti, walaupun Anda cemerlang, tapi cemerlang Anda tak akan berkembang, tak akan pergi jauh.
Jangan pandang rendah sesiapa. Nak cemerlang ke tak nak?
Ciri-ciri Orang Hormat Diri Tinggi.
Dalam artikel lalu, saya menerangkan Hormat Diri Tinggi dan maksud Had Diri Rendah. Orang yang memiliki Hormat Diri Tinggi biasanya ada ciri-ciri berikut…
- Yakin dalam mempengaruhi orang lain. Anda selesa bergaul dengan sesiapa saja, bahkan bijak menyesuaikan diri mengikut keadaan.
- Membuat keputusan yang betul, sesuai dengan matlamat yang Anda impi-impikan.
- Ada rasa bertanggungjawab, menerima, mengambil tanggungjawab lalu melaksanakannya dengan cukup baik, cukup bagussss sekali.
- Jika ditimpa kegagalan, menerima kegagalan tanpa mengkritik diri. Maksudnya, menerima gagal sebagai salah satu kesilapan, sebagai tanda untuk usaha lagi dengan teknik yang lebih bijak, semangat yang lebih power.
- Anda mampu menguasai emosi, bijak mengawal emosi mengikut situasi, suasana dan dalam apa jua keadaan.
- Bangga dengan setiap satu pencapaian Anda, tanpa perlu risau cakapan-cakapan buruk yang akan dilemparkan pada Anda.
- Anda sukakan cabaran, walaupun Anda tak cakap. Anda hadapinya dengan penuh minat kerana yakin ada keseronokan di dalamnya.
Bagaimana nak membina ciri-ciri Hormat Diri Tinggi dalam diri Anda?
Serap ciri-ciri di atas menjadi sikap Anda, lakukannya dengan penuh konsisten agar menjadi terbiasa. Rujuk selalu pada senarai tu supaya tak lupa.
Ciri-ciri Orang Hormat Diri Rendah.
Orang memiliki Hormat Diri Rendah biasanya memiliki sikap-sikap berikut :
- Selalu memandang rendah, sangsi pada kebolehan diri, hanya kerana merasa diri tak setanding orang lain dalam bidang bakat yang sama. Ini adalah kesan daripada cakapan-cakapan diri di fikiran misalnya, “boleh buat ke?”, “boleh jadi ke?”.
- Merasa orang di sekeliling tak menghargai Anda. Anda sering bersangka buruk pada setiap pertolongan atau sumbangan mereka, terasa bagai satu “umpan” semata-mata untuk mempergunakan Anda.
- Selalu tidak yakin setiap kali berdepan masalah, besar atau kecil. Rasa tiada kekuatan, semangat dan inspirasi mendepani cabaran hidup.
- Kerap mudah dipengaruhi orang lain. Lebih selesa menjadi ‘orang belakang’ atau follower. Tiada inisiatif nak memajukan diri atau memulakan sesuatu.
- Mengelak dari berdepan apa saja situasi mencabar. Sebab utama, tidak mahu berdepan tekanan atau suasana kucar-kacir, apatah lagi menghadapinya dengan penuh kawalan diri.
- Cepat marah ketika ditegur. Kecewa memanjang bila menerima teguran. Kekadang membalas dengan sindiran pedas atau caci maki.
- Menyalahkan orang lain terhadap kelemahan diri sendiri. Anda menuding jari pada orang sekeliling kerana tidak mengajar Anda atau kerana tidak memberitahu Anda, contohnya bila ada situasi tidak diingini berlaku.
- Anda tak nak mengakui kesilapan sendiri. Selalu cover line semata-mata nak menutupi kelemahan diri.
Hormat Diri
Sebab Anda kurang keyakinan diri adalah kerana Anda memiliki sifat Hormat Diri Rendah. Manakala Hormat Diri Tinggi adalah satu perasaan yang Anda miliki tentang diri sendiri.
Orang memiliki Hormat Diri Tinggi bersyukur pada keunikan yang dikurniakan pada dirinya. Dia menghargai keunikan itu, menerima hakikat apa yang ada pada dirinya takkan sama dengan apa yang ada pada orang lain.
Bakat adalah salah satu daripada sifat unik dimiliki semua orang. Walaupun ada bakat serupa, tapi levelnya berbeza-beza. Itu sudah cukup sebagai bukti kita semua unik.
Serupa, tapi tak sama. Contoh, ada beribu menteri di negara kita.
Dalam ribuan, hanya seorang saja yang akan muncul sebagai Perdana Menteri. Sudah tentu bakatnya dalam politik berbeza, dari segi kepimpinan, intelektual dan visi masing-masing.
Ada ramai pelawak, tapi semua takkan sama dengan Saiful Apek, Zizan, Johan, Nabil. Setiap seorang ada gaya berbeza, walaupun memiliki bakat sama sebagai pelawak.
Hormat diri mempengaruhi cara kita berfikir, bertindak, bercakap dan respon pada apa jua berlaku di sekeliling kita, misalnya kejayaan orang, cabaran hidup, permasalahan, kegagalan, kesilapan.
Sup Bakso
Training berbasikal di waktu petang adalah saat paling saya suka sebab macam-macam jenis orang saya jumpa.
Kali ni saya terserempak dengan penjual sup bakso bermotosikal yang selalu pusing-pusing kampung saya. Ada peluang berbual, saya tanya dia. Time tu saya berkayuh juga on the way balik rumah, dia pulak naik motor.
Cerita punya cerita, rupanya dia jual sup bakso tu ada target sendiri. Waduhhh! Kagum benar saya.
Biasanya orang yang ada bisnes kecil-kecilan camtu dipandang rendah. Konon-konon bisnesnya menjual bakso kurang standard. Bila dah dipandang rendah, start tak ada semangat, start makin kurang inisiatif.
Paling saya respek, dia cakap camni (dalam stail cakapan melayu Semporna)…
“Aku ndak ambik peduli suda apa orang mau cakap pasal aku. Yang aku tahu, aku carik rejeki halal. Aku hepi, ndak ada tekanan walaupun aku jual bakso nak motor bebek jak. Tiap hari aku target jual 350 bungkus sup bakso. Wuinah, laku betul bah. Satu ringgit jak satu bungkus, budak-budak paling suka beli”
Pengajaran paling berguna. Walaupun usaha kita kecil-kecilan, tak perlu malu, tak perlu takut cakapan-cakapan orang. Mesti tahu apa yang kita nak capai. Mesti ada matlamat.
Macam penjual bakso tadi. Targetnya nak jual 200 bungkus sup bakso tiap hari. Maka, misinya ternyata jelas di situ. Dia ada target, matlamat dan azam.
Walaupun dia tak tulis matlamatnya harian nak jual 350 bungkus sup tiap hari, tapi itu yang selalu difikirkan olehnya time naik motor. Dia tak tahu langsung cara nak buat bisnes lain, cuma tahu jual bakso saja.
Dia tak ada keraguan sama ada misi tersebut gagal atau tak berjaya dicapai. Seperti yang dikatakan olehnya, tiap kali dia balik ke rumah saban Maghrib, sup bakso terjual habis!
Nyatalah kejayaan-kejayaan lalu meransang mindanya untuk menjual lebih banyak lagi sup bakso.
Jika dia boleh berjaya, maka Anda dan saya juga ternyata boleh berjaya!
Membanding-banding Matlamat
Setiap ujung tahun, pasti ramai kawan, kenalan atau ahli keluarga bercakap tentang matlamat mereka dengan Anda.
Anda akan merasa matlamat mereka lebih baik. Terasa macam matlamat diri Anda tak sehebat mana. Lalu, Anda hilang keyakinan diri.
Jika Anda berfikiran begitu, maknanya Anda sedang berfikiran negatif. Matlamat orang lain tak akan pernah sama dengan matlamat Anda. Matlamat Anda tak akan sama dengan matlamat mereka, walaupun nampak serupa.
Sebab, mereka tak akan tahu sejauh mana minda mereka mempunyai ’stamina’ untuk mencapai matlamat itu. Tiada siapa tahu sama ada mereka benar-benar bersemangat mencapai matlamat itu atau hanya sekadar cakapan-cakapan mereka saja. Kita manusia boleh berubah bila-bila masa, sekelip mata.
Orang sekeliling bijak berlakon. Anda pula, nak jadi bermotivasi, kena bijak menganalisa.
Mereka sengaja berlakon supaya kita terpengaruh. Jika Anda benar-benar tekad nak mencapai matlamat Anda, sudah tentu Anda tak mudah dipengaruhi. Anda kena tetap pendirian, kena ’stick’ dengan matlamat Anda sendiri.
Mulai hari ini, usah membanding-banding matlamat Anda dengan matlamat orang lain.
Itu mereka. Ini Anda.
Fikir masa depan Anda dulu kerana susah payah Anda, Anda juga yang rasa nanti.